RM4 juta peruntukan armalah seluruh Kelantan

webmaster

RANTAU PANJANG: Seramai 350 orang golongan armalah Dun Bukit Tuku menerima sumbangan ‘armalah’ yang membabitkan kos keseluruhan RM80,000.

Adunnya, Abdul Rasul Mohamed berkata peruntukan untuk armalah itu diberikan oleh kerajaan negeri yang membabitkan keseluruhan sebanyak RM4 juta.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan armalah peringkat Dun Bukit Tuku, di Markas Tarbiah PAS Rantau Panjang, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Penyelaras Pembangunan Armalah Dun, Noriah Zakaria dan Penghulu Tanpa Mukim Dun berkenaan, Fauzah Mat Salleh

Jelasnya, ia diberikan setiap tahun demi untuk membantu rakyat yang memerlukan.

“10 peratus peruntukkan kerajaan negeri keseluruhannya disuntik untuk program sebegini. Tidak termasuk program kebajikan yang lain seperti Ladang Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, pada masa yang sama kerajaan negeri tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu.

Jelasnya, pelbagai bangsa anak jati negeri itu berhak mendapat sumbangan yang sama.

Katanya, sumbangan juga turut diberikan pada golongan Orang Kurang Upaya, anak yatim dan miskin.

“Mudah-mudahan sumbngan ini dapat membantu keperluan harian. Sumbangan ini akan diberikan pada mereka yang layak setelah diadili Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Nasib TRW: Tunggu kongres luar biasa Kafa 29 Disember

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan Kelantan tidak pernah mendapat maklumat yang jelas berhubung apa yang berlaku terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Oleh itu, jelasnya beliau amat sukar untuk membuat sebarang perkiraan bagi menangani masaalah yang ditanggung oleh persatuan dan pemain. “Kita tidak tahu apakah […]

Subscribe US Now