RM400 juta: Tepat dan berhemah Kelantan berbelanja

webmaster

TAHNIAH Kerajaan Negeri Kelantan yang telah meluluskan peruntukan awal RM52.5 juta (13 peratus) daripada pemberian ‘one off’ RM400 juta oleh Kerajaan Pusat untuk program kesejahteraan rakyat meliputi;

1. RM400,000 setiap DUN untuk program Rumah Dhu’afat;

2. RM100,000 setiap DUN untuk program membaiki dan menyelia jalan kampung; dan

3. RM30 juta untuk membina loji mini dan menaik taraf loji untuk bekalan air terawat kepada rakyat.

Kelantan merancang pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) Mini di Jajahan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas serta kerja menaiktaraf sistem proses rawatan air LRA di Jajahan Kota Bharu dan Tumpat. Ini semua adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri atas aduan dan keluhan rakyat mengenai masalah bekalan air setempat.

Pengoperasian LRA Mini di Telok Mesira dan peningkatan kualiti air terawat dari LRA Perol serta LRA Wakaf Bharu berpotensi direalisasikan sebelum Hari Raya Puasa 1441H manakala LRA Mini yang lain dijangka dapat beroperasi sebelum Hari Raya Haji tahun ini.

Berdasarkan kajian, dua aduan tertinggi oleh rakyat adalah paip sambungan atau komunikasi yang bocor dan juga ketiadaan air. Ini menyumbang sebanyak 92 pengguna daripada keseluruhan aduan pengguna. Biarpun hampir kesemua LRA sedia ada telah beroperasi pada tahap maksimum ataupun melepasi tahap maksimum, namun ia masih tidak mencukupi.

Isu ketiadaan air banyak dilaporkan di Jajahan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas yang mana selain disebabkan oleh tekanan air yang rendah hingga menyebabkan bekalan air terawat tidak sampai kepada pengguna, ia juga disumbang oleh jarak premis pengguna yang jauh dari LRA dan tangki menara. Insiden kebocoran paip juga turut menjadi penyumbang kepada masalah.

Justeru, antara cara yang telah dikenalpasti bagi mengatasi masalah bekalan air terawat dan tekanan air rendah di Jajahan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas adalah melalui pembinaan LRA Mini. Pilihan bijak.

Kebaikan lain bagi LRA Mini adalah ia mampu meringankan beban bagi LRA sedia ada. Contohnya LRA di Telok Mesira serta Jelawat yang mana ia akan dapat meringankan beban di LRA Chicha. LRA Chicha akan dapat meningkatkan bekalan air ke kawasan Kubang Kerian dan kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Itu cerita mengenai bekalan air.

Kita beralih pula kepada peruntukan RM400,000 bagi setiap DUN untuk membina rumah kepada golongan miskin yang mana sekiranya ia dibina dengan harga serendah RM40,000 sebuah, maka 10 unit kediaman untuk rakyat yang dhaif dapat dibina bagi tahun ini. Atau jika ingin dibaikpulih rumah rakyat yang juga dhaif keadaannya, lebih empat puluh buah mampu dibaiki.

Begitu murni dan mulia iltizam Kerajaan Negeri bagi melihat rakyat dapat memiliki tempat berteduh untuk keluarga masing masing. Begitu juga berkaitan jalan kampung yang bakal dibaiki atau diselia tahun ini dengan nilai RM100,000 setiap DUN. Ia akan memberi keselesaan kepada ramai pengguna setempat. Ia adalah tambahan daripada peruntukan sedia ada dalam Belanjawan 2020.

Apa pun, bekalan air, rumah tempat keluarga berteduh dan jalan perhubungan adalah keperluan asas rakyat saban hari. Tahniah YAB Dato’ MB atas pilihan yang tepat dan mendasar. Merakyatkan Membangun Bersama Islam

NAZMAN CHE IBERAHIM
Presiden PERTAHAN Kelantan – HARAKAHDAILY 12/2/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/12/rm400-juta-tepat-dan-berhemah-kelantan-berbelanja/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hapus subsidi TH: Tuntut penjelasan kerajaan

KERAJAAN digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai sebuah laporan yang menjelaskan pihak Tabung Haji (TH) tidak akan memberikan subsidi haji kecuali kepada golongan B40. Ironinya laporan tersebut dikeluarkan oleh The Edge Markets pada 11 Februari 2020 yang bertajuk, “Subsidy for first-time pilgrims, except B40s, to be removed next year?”. Laporan ini […]

Subscribe US Now