RM500 untuk pelajar cemerlang SPM, STAM dan STPM

webmaster

Kota Bharu – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan ganjaran RM500 kepada setiap pelajar cemerlang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengumumkan pengiktirafan dan penghargaan itu kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berasaskan syarat berikut;

Mendapat 9A ke atas bagi SPM, mumtaz bagi pelajar STAM dan 4 Prinsipal A bagi STPM. Syarat asas yang lain mestilah warga negeri Kelantan, samada mengambil peperiksaan di Kelantan mahupun di luar Kelantan dan bukan warga negeri Kelantan tetapi mengambil peperiksaan di negeri ini.

“Anak-anak Kelantan (belajar) sini ataupun luar negeri ataupun yang mengambil peperiksaan di Kelantan,” jelas Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Tambah beliau, permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri mulai 27 Mac 2016.

Sebanyak RM600 ribu telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan negeri pertama memberi cuti ihdad yang bergaji penuh selama sebulan

KOTA BHARU:Kelantan negeri pertama memberi cuti ihdad yang bergaji penuh selama sebulan bagi kakitangan wanita yang berkematian suami. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata sebelum ini cuti ihdad diberi hanya selama tiga hari. “Bagaimana sekarang kerajaan Kelantan menambah cuti bergaji penuh kepada 27 hari […]

Subscribe US Now