RM9.5 juta program rumah mampu milik

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri disaran memperkasakan pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) bagi memenuhi impian rakyat memiliki kediaman sendiri.

Rozi Muhamad (PAS-Tendong) berkata, kerajaan negeri perlu mempertingkat usaha tersebut bagi mencapai usaha yang dibuat sejak 2013.

Begitu juga katanya, cadangan pembinaan RMMK yang dirancang di Dun Tendong di Daerah Bunut Susu sudah dilulus tiga tahun lepas namun pembinaannya belum dilaksanakan.

“Kelulusan cadangan pembinaan ini sudah lebih tiga tahun, tapi masih belum ada perkembangan yang memberangsangkan,” ujarnya ketika mengambil bahagian perbahasan Belanjawan Kelantan 2019 di persidangan Dun petang semalam.

Pada Belanjawan Kelantan 2019 sebanyak RM9.5 juta disediakan kerajaan negeri bagi program rumah mampu milik dan sebanyak RM6.4 juta program bantuan rumah dhu’afa. – HARAKAHDAILY 30/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8561-rm9-5-juta-program-rumah-mampu-milik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pusat digesa tidak abai hak Kelantan

PERBAHASAN saya mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (KSP RMK11) semalam menyentuh mengenai gesaan kepada Kerajaan Pusat supaya tidak mengabaikan hak sama rata terhadap semua negeri termasuklah Kelantan. Ironinya, di sana ada pihak dikalangan pemimpin negara sendiri yang kelihatan “gembira” dengan kemunduran Kelantan. Walhal, sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan […]

Subscribe US Now