RMK12 AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT

webmaster
Dr Mohd Radzi Jidin bersama pimpinan kerajaan Kelantan.

OLEH OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengadakan program libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum merangka draf Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan menterinya, Senator Dr Mohd Radzi Jidin berkata, libat urus tersebut merupakan usaha awal dengan mengambil kira kepentingan rakyat di peringkat bawah.

“Langkah ini merupakan pendekatan yang bermula dari bawah bagi memastikan perkara yang harus diberikan keutamaan dapat dilaksanakan,” katanya kepada media selepas sesi taklimat libat urus bersama kerajaan negeri bagi penyediaan RMK-12 di Bilik Gerakan Negeri hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan anggota-anggota Exco.

Dr Mohd Radzi juga berkata, Kelantan merupakan negeri ke-13 diadakan sesi tersebut bagi menjayakan program yang dirangka mengikut keperluan bersama.

Sebelum itu beliau mengunjungi hormat Ustaz Ahmad di pejabatnya di tingkat 10 Mabna. – HARAKAHDAILY 5/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12887-rmk12-ambil-kira-kepentingan-rakyat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ISTANA KELANTAN KESAL FITNAH DI MEDIA SOSIAL

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Istana Kelantan melahirkan rasa kesal di atas penyebaran gambar-gambar peribadi Sultan Muhammad V di media sosial. Baginda juga turut berasa kesal berkaitan semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial. Pengelola Istana D’Raja Kelantan Dato’ Nik Mohd Shafriman Nik Hassan […]

Subscribe US Now