Rohm Wako Kelantan catat jualan RM1 bilion

webmaster

SYARIKAT elektronik Rohm Wako Sdn Bhd yang beroperasi di Kelantan berjaya mencatat jualan hampir RM1 bilion setahun.

Presiden Rohm Wako (M) Sdn Bhd, Yukihiro Takizawa berkata Rohm Wako menjadi pengeluar peralatan elektronik antara yang terbesar di dunia.

Katanya, peningkatan produk keluaran syarikat itu dijana hampir 2,000 pekerja tenaga kerja.

“Peningkatan produk yang dihasilkan akan memberi kesan secara tidak langsung kepada ekonomi Kelantan dan Malaysia.

“Bagi mengiringi peningkatan tersebut kami juga mempertingkatkan lagi prasarana di kilang tersebut,” katanya selepas perasmian kilang tambahan Rohm Wako, hari ini.

Perasmian disempurnakan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Jepun Ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Kilang tersebut dibina melalui pelaburan tambahan RM270 juta terletak di Kawasan Perindustrian 2, Padang Tembak dekat Kota Bharu.

Rohm Wako menjadi antara pengeluar peralatan elektronik paling ulung di dunia antaranya glass diode, LED dan PSM diode. – HARAKAHDAILY 7/3/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ayam kampung positif H5N1, 170 dilupus

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengesahkan kes selesema burung (H5N1) positif apabila tiga ayam kampung mati dan diambil sampel yang berlaku di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini, pada 6 Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bagaimanapun beliau […]

Subscribe US Now