ROYALTI: DOLAK DALIK KERAJAAN PUSAT

webmaster
Nazri Deraman membincangkan isu royalti dengan Menteri Besar dan Exco.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdolak dalih berhubung bayaran royalti petroleum terhadap Kelantan akan mengundang kebangkitan rakyat.

Presiden Pertubuhan Royalti (R), Nazri Deraman berkata, sekiranya ia masih berterusan berkemungkinan besar rakyat Kelantan bangkit kembali memperjuangkan hak mereka.

Katanya sehingga sekarang kerajaan pusat masih enggan membayar royalti walaupun kerajaan negeri telah mengikut kehendak dan syarat yang dicadangkan mereka.

“Kami mempersoalkan apakah sebenarnya yang berlaku. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali beberapa kali memberikan jaminan menjelaskan bayaran royalti.

“Namun Kementerian Kewangan pula seakan-akan membuat kenyataan sebaliknya,” kata beliau di sini.

Pada 18 September lalu Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilapor berkata, pihaknya akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan kerajaan dan kabinet.

Pada 24 Oktober 2018 kerajaan negeri mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas berikutan keengganan membayar royalti petroleum terhadap Kelantan.

Malah pada 3 November 2018 Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu kerajaan pusat tidak membayar royalti terhadap Kelantan kerana disaman kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13431-royalti-dolak-dalik-kerajaan-pusat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PERSATUAN SUKAN AKUR PAKAIAN PATUH SYARIAH

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR KOTA BHARU: Lima persatuan sukan di Kelantan menyambut positif syarat kerajaan negeri yang meminta semua atlet memakai pakaian patuh syariah. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, lima persatuan sukan terbabit mereka menyambut baik syarat yang […]

Subscribe US Now