ROYALTI: TUNGGU TINDAKAN LANJUT PEGUAM NEGARA

webmaster

Oleh: Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih lagi menunggu tindakan lanjut Pejabat Peguam Negara menyelesaikan isu teknikal berkaitan penarikan balik saman kes royalti petroleum.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang menunggu tindakan lanjut Pejabat Peguam Negara.

“Ia merupakan perkara teknikal terakhir, jadi harap mereka dapat selesaikan segera, jadi jika selesai, isu royalti akan selesai sepenuhnya.

“Dahulu kerajaan pusat sebut antara sebab royalti tidak dapat dibayar kerana ada isu di mahkamah, jadi isu mahkamah itu sudah selesai jadi kita harap mereka boleh membuat bayaran seperti dijanjikan,” kata hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) dan Gading Kencana Sdn Bhd di sebuah hotel di sini. (Foto atas)

KUM diwakili Pengarah Eksekutif KUM, Abdul Rashid Mohd dan Pengurus Kanan Kumpulan KUM, Mahadi Mokhtar manakala Gading Kencana oleh Pengarah Urusannya, Dato’ Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng dan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Zalina Yusof.

Minggu lepas kerajaan negeri menarik balik tuntutan saman yang difail sembilan tahun lalu melalui notis pemberhentian di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malah pada 13 Mei lalu Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas melalui notis untuk tidak meneruskan tuntutan berkenaan. – HARAKAHDAILY 3/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11791-royalti-tunggu-tindakan-lanjut-peguam-negara

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

INKUES: AGENDA POLITIK PH BURUKKAN KELANTAN

Oleh: Muhammad Arif Ismail KOTA BHARU: Tindakan berterusan kerajaan PH menjadikan Kelantan sebagai sasaran dendam politik tidak dapat dinafikan lagi. Terbaharu Jabatan Peguam Negara memfaikan afidavit terhadap Kelantan berkaitan kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh. Pegawai khas Peguam Negara Khong Hui Li dilapor berkata, insiden kematian penduduk terbabit menggambarkan kerajaan […]

Subscribe US Now