ROYALTI VS WANG EHSAN: MB KELANTAN JAWAB GUAN ENG

webmaster

OLEH NAZMAN CHE IBERAHIM

Pakat duk pening belaka bila Guan Eng kata bayar dah royalti petroleum Kelantan, apa cerita sebenarnya Guan Eng?

Berikut adalah jawapan rasmi daripada YAB Dato’ Menteri Besar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pagi ini;

“Kenyataan itu kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh Kerajaan Negeri ialah *ROYALTI MINYAK* ataupun *GAS*. Yang diberi atau yang disalurkan ialah *WANG EHSAN*. Apa yang disebut bahawa dia telah mendahului tahun ini pada bulan September(7 September). Mungkin di situ (maksud Lim Guang Eng).

 

Maknanya, maksud YB Menteri Kewangan yang mendahului pada 7 September itu (ialah) wang ehsan. *BUKAN ROYALTI MINYAK*. Beza terlampau jauh. *Ehsan, nak beri pun tak apa, tak beri pun tak apa*. Royalti, hak kita. Kewajipan hendaklah dibayar kepada kerajaan Kelantan.

Cuba rujuk balik kepada *KAMUS DEWAN*. Antara makna royalti dengan makna wang ehsan. Kita memang telah menerima wang ehsan pada bulan September, saya maklumkan kepada Ahli Dewan dan kepada rakyat yang saya hormati, pada 17hb September, sebanyak *RM 15, 749, 561.50*. Itu ialah dalam tajuk *Penyaluran Wang Ehsan Kepada Negeri Kelantan Bagi Tahun 2019*.”

*YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan*

15 Oktober 2019
*Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas*

Sebarkan, Viral & Share Share Share

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DUN KELANTAN DUKACITA KENYATAAN GUAN ENG

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dianggap mengeliru rakyat berhubung royalti. Usul berkenaan dibentang Dato’ Hassan Mohamood (PAS-Tawang) selepas persidangan Dun berhenti rehat pagi tadi. Hassan berkata, usul tersebut memohon […]

Subscribe US Now