Rumah banjir Limau Kasturi: Tertangguh kerana masalah infra

Masalah kerja-kerja tanah (infrastruktur) di bawah agihan tugas Persekutuan gagal diselesaikan menyebabkan kerja-kerja pembinaan rumah kekal banjir tertangguh sekian lama.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood, April ini kontraktor akan mula memasuki tapak bagi memulakan kerja-kerja pembinaan rumah kekal banjir bagi kawasan Limau Kasturi, Gua Musang.

Tambah beliau lagi, sehingga ke hari ini hanya 4 buah rumah (Rumah Kekal Banjir 2014) sahaja yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri, iaitu di Kota Bharu.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment