Rumah jadi sarang penagih pil kuda akan diroboh

webmaster

imageKOTA BHARU – Pemilik yang tidak memantau rumah mereka yang ditinggalkan terbiar sehingga menjadi ‘sarang penagihan dadah’ akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Nik Mohd Noor Nik Ishak berkata penagih akan mengambil kesempatan untuk menjadikan rumah terbabit sebagai markas atau ‘port’ mereka untuk melepaskan gian.

“Biasanya sarang penagih ini dipenuhi dengan barangan terbuang dan sampah sarap yang banyak dan berbau busuk,” katanya kepada Bernama di sini.

Nik Mohd Noor berkata, dalam operasi bersama polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Berek 12 di sini, baru-baru ini, pihaknya mendapati terdapat pemilik tanah yang membiarkan tanah mereka menjadi semak dan sarang penagihan dadah.

“Kawasan tanah terbiar itu juga menjadi tempat penagih dadah mengumpulkan bahan terbuang yang dikutip atau dicuri sebelum menjualnya di kedai barangan lusuh,” katanya.

Nik Mohd Noor berkata, sebelum tindakan meroboh rumah, pihaknya terlebih dahulu akan meminta pemiliknya membersihkan kawasan mereka dan mengawasi supaya tidak dijadikan sarang penagih.

Sementara itu, Penolong Pegawai AADK daerah Kota Bharu, Syahrir Jusoh berkata, AADK mengadakan program ‘MyBeautiful Malaysia’ sejak tahun lepas, dengan kerjasama MPKB, Pejabat Tanah dan Jajahan serta Skuad 1Malaysia untuk membersihkan kawasan yang menjadi sarang penagih.

Katanya matlamat program adalah ‘Perangi Pil Kuda’ dengan pendekatan membasmi dan menghapuskan sarang mereka. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Maik pantau pelajar tajaannya terlibat IS

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sentiasa memperkasakan langkah pemantauan terhadap lebih 1,000 pelajar tajaannya di Timur Tengah bagi memastikan mereka tidak terlibat aktiviti kumpulan militan IS. Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, antara langkah yang diambil termasuklah bekerjasama […]

Subscribe US Now