KOTA BHARU : Bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ternyata memberi kesan kepada pembinaan projek perumahan sehingga berlaku kenaikan harga.
Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri menambah peruntukan bagi membolehkan projek rumah mampu milik Kelantan di Badang dekat sini dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM9 juta bagi projek berkenaan.
Katanya projek tersebut telah dilakukan pecah tanah pada 23 Februari 2014 selepas serentak dengan pelancaran projek rumah mampu milik Kelantan.
“Ia dibangunkan di kawasan seluas 4.92 ekar akan di bangunkan tiga blok yang mengandungi unit rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.
“Sebanyak 334 unit akan dibina di penempatan tersebut. Kerja-kerja menanam cerucuk sudah dilaksanakan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara bahagian perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kota Darul Naim.
Perjanjian itu ditandatanggani oleh YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kerajaan Negeri dan disaksikan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan manakala YABrs. Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK bagi pihak PKINK dan disaksikan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Rumah mampu milik di Badang merupakan projek pertama kerajaan negeri meliputi kos rendah sebanyak 162 unit, sederhana rendah (108 unit) dan sederhana (64 unit)
Rumah kos rendah dijual dengan harga RM45,000, sederhana rendah (RM85,000) dan sederhan (RM130,000).
Bagaimanapun sebelum pelaksanaan GST apartmen itu di tawar pada harga RM43,000 kos rendah, sederhana rendah (RM65,000) dan sederhan (RM99,000).
Abdul Fatah Berkata projek berkenaan memberi keutamaan kepada penduduk yang tinggal di lembah sungai di sekitar Kota Bharu. Dan syarat lain yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. – Harakahdaily