Rundingan akhir tangani sekatan laluan balak

balak1GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan hari ini meninjau dua ‘blockade’ yang dibina orang asal bagi menghalang aktiviti pembalakan.

Dua lokasi berkenaan merupakan laluan utama pembalakan yang merupakan 53 peratus daripada perolehan hasil kerajaan negeri.

Langkah tersebut bagi memberi makluman selepas notis perobohan sekatan berkenaan berakhir pada 20 November lalu sebelum tindakan lebih tegas dilaksanakan.

Rundingan demi rundingan dilakukan sebelum ini namun mereka masih berkeras tidak mahu membuka laluan tersebut kerana difahamkan mendapat sokongan pihak luar.Sedangkan menjadi kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 membina ‘blockade’ dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa kelulusan pihak berkuasa.

balak2Individu yang terlibat boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara selama lima tahun kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Akibat sekatan difahamkan didalangi Orang Asli yang berasal dari Perak dan Pahang, sebanyak 2,500 tan balak yang sudah ditebang tidak dapat dikeluarkan.

Operasi di sekatan  Kampung Peralong diketuai Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah.

Katanya, pembalakan di Kelantan masih terkawal kerana aktiviti itu dilakukan mengikut Standard of Procedure (SOP) bagi mengelakan kejadian tidak diingini.

Beliau ditemani lebih kurang 30 anggota turut menemui sebahagian penduduk yang mengakui rakyat negeri ini tetapi tidak kedengaran sebarang loghat Kelantan.

Walaupun pihak berkuasa sudah mengenali ketua mereka, tetapi penduduk orang asal yang ditemui tidak mahu memberitahu siapa ketua mendalangi sekatan tersebut.

Namun mereka kelihatan gugup apabila Jabatan Perhutanan bersama pihak berkuasa lain memberitahu akan menahan ketua setiap sekatan.

Sementara itu sekarang sedang berlangsung mesyuarat bersama sembilan agensi kerajaan antaranya Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan sebagainya bagi melaksanakan operasi di kawasan sekata laluan balak. – HARAKAHDAILY 27/11/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment