RUU 164: NGO Ummah serah memo kepada YDPA, Raja-Raja Melayu

NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah)  telah menyerahkan memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Dato’ Sri Syed Danial Syed Ahmad dan juga Yang di-Pertuan Agong, berhubung isu Rang Undang Undang  Akta 164 (Pindaan).

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya dan Timbalan Pengerusi Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohammad hari ini di Pejabat Majlis Raja-Raja Melayu di Jalan Bellamy.

Memorandum itu antara lain menyebut mengenai kesan pindaan Akta 164 yang dibawa ke Parlimen sebelum ini.

Penyerahan memo kepada Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu dan YDPA Agong juga dihadiri Panel Penasihat Undang-undang Ummah, Wan Mohd Fauzi.

Sementara di Istana Negara pula, memorandum yang sama diserahkan kepada YDPA Agong melalui Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husin Yusop. – HARAKAHDAILY 20/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook56Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment