Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Hajah Mumtaz Md Nawi mencadangkan supaya bagi perkahwinan di luar negara, khususnya yang berkaitan poligami dimestikan daftar perkahwinan di Kelantan sebagai satu KPI.
Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah di masa hadapan seperti urusan wali dan pusaka.
Mumtaz juga turut mengingatkan wakil rakyat agar berbahas dengan adab dan akhlak serta berhujah dengan maklumat yang tepat dan data yang sah.
Teguran itu bagaimanapun segera disanggah ADUN Salor yang sebelum itu telah ‘berdebat’ panjang dengan ADUN Pulai Chondong.
(Visited 1 times, 1 visits today)