Saman K’tan: Pusat silap buat perkiraan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan pusat dianggap tersilap membuat perkiraan apabila memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan berhubung isu Orang Asli.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub turut menyifatkan tindakan saman itu hanya membuka ‘pekung di dada’ kerajaan Persekutuan sendiri.

Ini kerana, katanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempunyai peranan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

“Sepatutnya mereka (Jakoa) menjadi ‘pengasuh’ untuk menguruskan kebajikan dan menyediakan infrastruktur.

“Kita hanya menyediakan tanah pertanian, kawasan rayau, tapak rumah dan sebagainya,” ujarnya selepas merasmikan Pelancaran Free Wifi di di Medan Ilmu hari ini.

Pada Jumaat lepas kerajaan Persekutuan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Kelantan kerana mendakwa menceroboh tanah Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor Gua Musang.

Peguam Negara Tommy Thomas dilapor berkata saman itu dibuat kerana negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli, walaupun tanah dan perhutanan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ustaz Ahmad berkata nasib Orang Asli turut dibela Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9477-saman-k-tan-pusat-silap-buat-perkiraan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan wujud Green City

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan berpeluang menikmati wifi percuma yang melibatkan 10 lokasi di kawasan bandar Kota Bharu. Antara lokasi terbabit iaitu Medan MARA, Jalan Dato’ Pati (stesen teksi), Jalan Doktor (Pejabat Kesihatan Kota Bharu), Medan Ilmu dan Jalan Parit Dalam (BSN). Selain itu Dataran Cheng Ho, Bulatan Jam Besar, Pasar Siti […]

Subscribe US Now