Saman: MP PAS selar Peguam Negara

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan menyelar tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mewakili Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, tindakan tersebut bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu fungsi Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong dan menteri dalam hal-hal berkaitan undang-undang.

“Persoalannya, mengapa Peguam Negara mewakili orang biasa, orang awam saman kerajaan negeri? Adakah selepas ini Tommy akan berdepan dengan Penasihat Undang-undang negeri yang juga dari Pejabat Peguam Negara?” katanya ketika ditemui media pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum itu, Takiyuddin dalam Dewan Rakyat mengajukan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato’ Liew Vui Keong berkenaan perkara sama serta pandangan dan pendirian kerajaan dalam perkara tersebut.

“Untuk pertama kali, kalau tak silap saya, Peguam Negara mewakili ‘private citizen‘, sebagai contohnya kes Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan dan juga mungkin Orang Asli Perak akan menyaman Kerajaan Negeri Perak. Apa pandangan dan pendirian dan kerajaan dalam hal ini?” soalnya.

Bagaimanapun, Vui Keong tidak menjawab persoalan tersebut.

Januari lalu, Tommy dalam kenyataannya berkata, buat pertama kalinya selepas merdeka, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.

Difahamkan Orang Asli di Perak juga berhasrat menyaman Kerajaan Negeri Perak berkaitan isu tanah. – HARAKAHDAILY 26/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10375-saman-mp-pas-selar-peguam-negara

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada kelab malam di Kelantan sejak 1990

KOTA BHARU: “Sudah 30 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan ulama dan tiada kelab malam di negeri itu. “Kalau ada pun di luar Kelantan itu tiada kaitan dengan rakyat negeri ini. Kalau ada yang pergi ke situ itu masalah peribadi dalam kes terpencil yang tidak boleh dikaitkan dengan seluruh rakyat […]

Subscribe US Now