SAMBUTAN JUBLI EMAS PKINK 2016

KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bakal mengadakan sambutan jubli emas penubuhan perbadanan tersebut pada 29 November 2015 yang akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) di sini.

Perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar YAB. Ustaz Dato’ Hj Ahmad Yakob seterusnya melancarkan logo sambutan yang bakal digunapakai oleh seluruh anak syarikat PKINK selama berlangsungnya sambutan.

20151125_110831 Ketua Eksekutif PKINK Dr. Hj Wan Zawawi Wan Ismail di dalam sidang medianya hari ini berkata, Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas PKINK diadakan sempena menyambut 50 Tahun penubuhan PKINK yang jatuh pada 6 November 2016.

Katanya lagi majlis ini diadakan untuk memperkenalkan kembali (rebranding) PKINK kepada umum sebagai merakyatkan perbadanan tersebut serta memperlihatkan semula bahawa PKINK adalah satu badan yang mampu memangkin ekonomi dan sosial setempat.

Selain itu jelasnya bermula dari tarikh pelancaran sambutan sehingga ke tarikh sebenar 50 tahun penubuhan PKINK pada November 2016, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti karnival sukan air, kejohanan golf, futsal, berbasikal, indoor games dan sebagainya.

Beliau juga menegaskan pihak PKINK telah memulakan persediaan untuk menghadapi banjir dengan melibatkan seluruh anak syarikat (21 buah). “Dari segi pelaburan pula PKINK telah mengarak langkah mengadakan pelaburan di luar negara serta memainkan peranan memasarkan produk Kelantan seperti kain batik yang kini semakin mencipta nama di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment