Sambutan kepulangan ‘Wira 355’

webmaster

Gabungan Anak Muda Sayang Klate (GASAK) membuat kejutan menyambut kepulangan Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Takiyuddin Hassan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada malam 6 April baru-baru ini.

Siang hari sebelum itu, Takiyuddin boleh diibaratkan sebagai ‘pembantu’ terbaik kepada Ahli Parlimen Marang, juga Presiden PAS yang telah diberi ruang dan peluang sebaiknya membentang Usul Persendirian RUU 355 bagi meminda Akta 355.

Takiyuddin yang juga bangun menyokong kepada Usul berkenaan telah menerang dengan panjang lebar, teratur dan berfakta selama hampir 1 setengah jam. Sebelum Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkesempatan memulakan ucapan, Parlimen sedikit terganggu dengan ‘Point of Order’ dari kalangan wakil rakyat DAP, PKR dan MCA.

Sekali lagi Dato’ Takiyuddin berkilas dengan hujah dan fakta mematahkan hujah pihak berkenaan.

Sekalung tahniah di atas usaha cemerlang YB Dato’.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RUU 355: Ustaz Ahmad ucap tahniah kepada Presiden PAS

بسم الله الرحمن الرحيم Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS diatas kejayaan membentangkan usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat semalam. Perbahasan usul berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu juga sangat jelas dan […]

Subscribe US Now