Sampah meningkat lima kali ganda

webmaster

KOTA BHARU – Setiap kali tiba bulan Ramadan, sepatutnya sampah sarap dan sisa buangan berkurangan.

Bagaimanapun senario itu tidak berlaku, sebaliknya, sampah sarap dan hasil buangan meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa.

Menegaskan perkara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, di Kota Bharu sahaja pada hari biasa, pungutan sampah dibuat pada kadar 300-500 tan metrik sehari, namun ia meningkat mendadak pada Ramadan khususnya pada cuti umum.

“Untuk bulan puasa, saban tahun peningkatan sampah begitu ketara sehingga tiga kali ganda, ada satu tahun peningkatan itu mencecah lima kali ganda berbanding hari biasa.

 “Ketika ini kita letakkan purata 1,200 tan metrik sehari dan ia memerlukan komitmen tinggi daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan lapan kenderaan baharu bagi kegunaan mencuci dan mengangkut sampah di Kota Bharu milik BUJ Teknologi Enterprise di sini kelmarin.

Hadir sama Yang dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail dan Pengarah Urusan BUJ Enterprise, Datuk Mohd Badruddin Ibrahim.

Justeru, Fattah menasihatkan orang ramai lebih peka terhadap isu ini dan meminta semua pihak bersama bagi menjaga persekitaran.

“Alhamdulillah, pihak MPKB-BRI cuba menangani isu lebihan sampah ini, apa yang penting adalah sikap masyarakat perlu berubah, penambahbaikan infrastruktur sahaja tidak cukup,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Operasi BUJ Teknologi, Mohd Yuzam Mohd Yusof berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk menambah lapan buat lori termasuk lima compactor bagi melicinkan operasi pembersihan dan memungut sampah di zon C Kota Bharu.

Katanya, pihaknya mula menjalankan kerja-kerja tersebut pada Oktober 2016 termasuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Pasar Siti Khadijah.

“Sebelum ini kita sudah ada sembilan buah compactor dan kali ini kita menyediakan  kos keseluruhan sebanyak RM8 juta untuk membawa masuk lapan komponen baru tersebut.

“Ini merupakan penambahbaikan terhadap kenderaan sedia ada sekali gus meningkatkan khidmat untuk pembersihan di Zon C Kota Bharu,” katanya.- WARTAWAN SINAR HARIAN 28/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Masjid Muhammadi jadi hotspot

KOTA BHARU – Menyambung sinergi #QuranHour, Masjid Muhammadi Kota Bharu sekali lagi dipilih untuk menjadi hotspot bagi Malaysia #QuranHour di negeri ini yang bakal diadakan pada 16 Jun nanti, bersamaan 24 Ramadan. Imam Masjid Tua masjid negeri itu, Rosli Che Soh berkata, jawatankuasa pengurusan masjid yakin kehadiran umat Islam untuk […]

Subscribe US Now