Sasar 200,000 saksi artifak Rasulullah

webmaster

KOTA BHARU – Perbadanan Muzium Negeri Kelantan menyasarkan kehadiran seramai 150,000 sehingga 200,000 pengunjung termasuk pelancong dari dalam negeri serta dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bagi pameran artifak Rasulullah serta sahabat Nabi.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, pameran artifak mengenai Rasulullah dan sahabat yang dijangka dijalankan bermula 5 Oktober sehingga 15 Disember nanti.

“Pameran ini akan berlangsung di Muzium Negeri dengan kerjasama Hidayah Event Sdn Bhd dan ia julung kali diadakan di muzium negeri, di mana sebanyak 22 artifak diperkenalkan.

“Antara artifak Rasulullah termasuk kain kiswah, kunci makam Rasulullah, rambut, darah suci, cop mohor, serban akhir, serta al-Quran bertatah emas yang didatangkan khas dari Makkah, Madinah, Syria, Yaman serta India,” katanya kepada pemberita, di Muzium Negeri, semalam.
img-20160926-wa0008Beliau berkata, pameran itu juga sempena Tahun Melawat Kelantan yang berbaki tiga bulan sahaja lagi.

Turut hadir; Penasihat Hidayah Event Sdn Bhd, Prof Dr Abd Manan Embong dan Pengarah Muzium Mohamad Nazwan Ismail.

Md Anizam berkata, pameran itu dianggap istimewa terutama buat umat Islam di negeri ini kerana mereka dapat melihat barangan milik Rasulullah secara lebih dekat.

“Kita mengalu-alukan kedatangan segenap lapisan masyarakat termasuklah keluarga, pelajar serta masyarakat bukan Muslim untuk melihat barangan bersejarah yang jarang dapat ditemui.

“Pelbagai aktiviti sampingan berkaitan pameran turut diadakan seperti ceramah dan cabutan bertuah turut disediakan melibatkan hampir RM300,000 nilai hadiah, termasuk 30 pakej umrah bagi dewasa, 200 unit al-Quran digital, sejadah dan telekung,” katanya.

Pengunjung yang berminat boleh mengadakan lawatan pada waktu pameran bermula jam 8.30 pagi sehingga 10 malam dengan harga tiket dikenakan bagi pengunjung dewasa iaitu RM20, manakala kanak-kanak sebanyak RM10. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Komited pulihara, lestari alam sekitar

TANAH MERAH – Usaha berterusan menghijaukan semula kawasan yang tamat diteroka untuk penghasilan batu menunjukkan komitmen tinggi syarikat kuari, Dimensi Timal Sdn Bhd dalam memulihara dan melestarikan alam sekitar. Terkini, syarikat kuari yang beroperasi di di Hutan Simpan Jedok di Kampung Air Ralek, dekat sini, melancarkan program penanaman 1,000 pokok […]

Subscribe US Now