Satu juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan

TANAH MERAH – Dijangka sebanyak satu juta kenderaan akan masuk ke Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat berikutan musim cuti sekolah sudah bermula.

“Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini.

“Apapun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di pekarangan bandar Taman Kota Harmoni di sini hari ini.

Sementara itu, Hasanuddin turut menasihatkan agar orang ramai tidak begitu teruja sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya.

“Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cukup rehat dan memandu dalam keadaan berbahaya.

“Kita harap biarlah mereka cukup rehat dan barulah mulakan perjalanan ke destinasi yang dituju,” katanya.

Sementara itu, berhubung kes pecah rumah di negeri ini, beliau berkata, berlaku peningkatan 80 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Maka kita nasihatkan agar orang ramai mementingkan aspek keselamatan di kawasan tempat tinggal dan memasang lampu supaya dapat elak kejadian tidak diingini,” katanya.- SINAR HARIAN 27/5/2019

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/30089/EDISI/Kelantan/Satu-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-Kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment