KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan adalah satu fenomena yang istimewa kerana dua kali dipilih oleh rakyat menjadi kerajaan iaitu pada tahun 1959 hingga 1978 dan pada tahun 1990 hingga sekarang.
“Dua kali kita jadi kerajaan yang lama. Kita menang kerana orang lihat kebenaran yang kita bawa. Jelas dalam perjuangan, kita bawa Islam.
Parti hanya alat yang bawa dasar Islam. Sebab itulah kita perlukan sokongan semua pihak dari golongan bawah sampai ke atas.
Macam pengajaran Hikayat Melayu silam semua rakyat berperanan ikut kemampuan masing-masing,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Influencer Kelantan di Hotel Perdana, Sabtu lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap para pempengaruh yang aktif berinteraksi dengan ribuan pengikut itu menyebarkan dua benda besar selama 33 tahun Kerajaan Kelantan melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) di media sosial.
“Kita minta influencer buat konten rahsia MBI yang boleh memperbetulkan tanggapan masyarakat supaya rakyat tahu fakta sebenar.
Contohnya, ulama jadi menteri besar dan mampu jadi pemimpin yang baik kerana Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pimpin dengan ilmu dan kepakaran bukan dengan jubah dan serban. Perdana Menteri India Mahatma Gandhi pun bercawat jumpa Ratu Elizabeth tetap dianggap wira apatah lagi pakaian beradab Tok Guru yang mengikut sunah,” hurainya.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg