Sebat pesalah di tempat diwarta

webmaster

BIARPUN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) menganggap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) bukan keutamaan, namun kerajaan negeri tetap mahu melaksanakannya.

Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dilapor memberitahu beliau tidak melihat pelaksanaan undang-undang itu perlu menjadi keutamaan di Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pindaan itu dibuat untuk menambah baik Enakmen Tatacara Jenayah Syariah sesuai dengan RUU Akta 355 yang dibawa ke parlimen.

“Ia bagi menambah baik lagi. Contohnya sebat di khalayak ramai sesuatu yang perlu kita buat.

“Ia bukan bertujuan menyeksa atau mendera tetapi hendak tunjuk kepada masyarakat kesalahan yang dilakukan supaya tidak berulang. Itu pindaan baik sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya di sini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Rabu lepas meluluskan sebanyak 35 pindaan dibuat terhadap enakmen 2002.

Pindaan terbabit dibuat bagi membolehkan hukuman sebat dilakukan secara terbuka di tempat yang diwartakan dan di hadapan pegawai perubatan.

Selain itu memasukkan penggunaan video dan audio sebagai keterangan di mahkamah dan membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan. – HARAKAHDAILY 14/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tabung Usahawan bantu wanita berniaga

BAGI melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan Tabung Usahawan Wanita bagi membantu golongan terbabit. Peruntukan sebanyak RM225,000 disediakan tahun ini bagi membolehkan wanita menceburi perniagaan untuk menjana pendapatan keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, daripada jumlah itu sebanyak […]

Subscribe US Now