Segera daftar pengambilan vaksin

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 31 Mei: Rakyat diminta untuk segera mendaftar pengambilan vaksin Covid-19 memandangkan berlaku peningkatan yang mendadak jangkitan covid di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Dewan Majlis Daerah Ketereh semalam.

Katanya, walaupun kesedaran untuk menerima vaksin dari kalangan rakyat Kelantan sudah meningkat tetapi kerjasama semua pihak khususnya media penting untuk terus berkempen memberi kesedaran.

“Dengan mengambil suntikan vaksin kita bukan sahaja melindungi diri kita, bahkan keluarga dan masyarakat sekeliling,” tambahnya.

Katanya lagi, kerajaan bersedia untuk memperketatkan lagi SOP dalam usaha mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.

YB Dr. Izani turut melakukan lawatan di PPV di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tangok, Bachok.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment