SEGERA DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 – MENTERI BESAR

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengesa rakyat Kelantan supaya segera mendaftar suntikan vaksin Covid-19 sebagai menyahut usaha kerajaan bagi memutuskan wabak covid yang masih belum reda di negeri ini.

“Jangan tunggu dan lihat dahulu, segeralah mendaftar demi kebaikan semua memandangkan peratusan yang mendaftar masih rendah di negeri ini,” katanya pada sidang media Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Kelantan oleh YAB Menteri Besar dan Exco (DOS Kedua)di Dewan Jamuan Utama Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Beliau membuat gesaan itu memandangkan negeri Kelantan salah satu negeri yang masih rendah peratusan rakyat yang mendaftar untuk suntikan vaksin covid.- UPKN KELANTAN 23/3/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN PERKASAKAN KEMPEN KESEDARAN VAKSIN

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU : Kerajaan Negeri akan melaksanakan gerakan bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai peri penting pendaftaran di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin berkata, langkah itu bakal dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan […]

Subscribe US Now