Segerakan projek pembesaran LTSIP

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berunding bagi menstrukturkan semula projek bekalan air di negeri ini bermula sejak 2008, kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa AhmadPASIR MAS – Kerajaan Kelantan berharap kerajaan persekutuan baharu yang dipimpin Pakatan Harapan dapat mempercepatkan projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pembesaran projek itu dilihat mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Bukan itu sahaja, projek ini mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk setempat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit kronik di Dun Pengkalan Pasir.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, kerajaan negeri sedia memberikan kerjasama bagi memastikan projek tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, pembesaran LSTIP merupakan projek berimpak tinggi yang mampu memberikan kesan positif kepada negeri ini untuk tempoh jangka masa panjang.

Kerajaan sebelum ini di bawah teraju bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan melaksanakan projek itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) membabitkan kos RM483 juta.

Dalam perkembangan lain, Hanifa turut berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Saya percaya projek ini tidak akan dibatalkan, sebaliknya dirundingkan harga dan tender semula.

“Ini bagi mengelakkan kerajaan menanggung kerugian,” katanya.- SINAR HARIAN 23/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sogok pengundi: SPRM diminta siasat

TANAH MERAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan digesa menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan wujud unsur sogokan pada PRU14 melibatkan Dun Gual Ipoh dan Parlimen Tanah Merah. Bekas calon Pas Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM selepas ada pihak […]

Subscribe US Now