SEGMEN PUISI RAMADAN BERMULA

webmaster

Basmallah walhamdulillah, sukacita dimaklumkan, segmen Puisi Ramadan bermula hari ini menerusi laman FB UPK bertanda pagar UPKpuisiRamadan1441H.

Semua puisi pilihan akan disiarkan setiap hari selama sebulan bertemakan Ramadan 1441H.

Setiap puisi yang disiarkan bakal menerima hadiah buku sumbangan penaja.

Silakanlah menghantar puisi asli ciptaan tuan/puan yang belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan atau media digital ke peti pesanan fb ini berserta perincian berikut:

Nama sebenar/pena, lokasi, tarikh dan nombor telefon bimbit berserta ilustrasi tersendiri.

Penyiaran puisi tuan/puan akan dimaklumkan melalui whatsapp dan hadiah akan dikirimkan melalui pos.

Selamat beribadat melalui penciptaan kalimah toyyibah yang mendekatkan kita kepada Allahu Akram menerusi puisi sebagai manhaj dakwah bil kalam.

#UPKpuisiRamadan1441H

RAMADAN MULIA LUAR BIASA ISTIMEWA

Kunjungan Ramadan mulia
luar biasa berganda istimewa
ditatang selaksa keterujaan.

Cuti percuma berharga kepada keluarga
Masa berkualiti diisi aktiviti bestari
Imarah masjid secara tradisi
kini dibawa ke rumah sendiri.

Bermukimlah sepurnama
duhai kekasihku
semoga barakah kesucianmu
segera mengusir bencana
dunia kembali sejahtera
mengakrabi kebiasaan baharu.

Ibrah tersirat di sebalik musibah
adalah rahmat melimpah-ruah
amat bermakna mencipta bahagia
saat beruzlah bersama-sama.

Sudikan menonton sembah tari asyik
irama kerinduan bergemersik
daripada seorang hamba-Nya
berkelahiran 29 Ramadan.

ZANAZANZALY
Padang Embun,
Pasir Mas.
1 Ramadan 1441H
0175676679

Sumber: https://www.facebook.com/1379770592257304/posts/2659568494277501/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RAMADHAN DAN PERJUANGAN ~ 1441

Siri 2 ASY-SYAHID PATI UNUS: MENYEBERANG LAUT HANCURKAN PORTUGIS SETELAH Melaka berhasil ditumbangkan, Portugis bertindak menyerang pula Kerajaan Samudera-Pasai di Aceh pada 1521M dan cuba meluaskan pengaruhnya di Maluku, Ternete dan Sunda Kelapa. Di Pulau Jawa, menjelang kejatuhan Melaka, telah bangkit Kerajaan Islam yang pertama iaitu Kerajaan Demak pada 1482M […]

Subscribe US Now