Seimbang ibadah, kerja

imageKOTA BHARU- Keseimbangan antara ibadah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam merupakan elemen penting dalam melahirkan kakitangan yang menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.

Atas faktor itu, Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan, dengan kerjasama Puspanita Bahagian Kota Darulnaim dan Puspanita Jajahan Kota Bharu menganjurkan ceramah Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Perdana dalam mewujudkan keseimbangan tersebut.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat SUK, Datuk Adnan Hussin berkata, program latihan UMI yang mula diperkenalkan pada 2011 itu berupaya menerapkan ilmu agama serta membina budaya (ilmu) berterusan dalam kalangan anggota sistem pentadbiran dan pengurusan awam kerajaan negeri.

“Ia juga mendedahkan penjawat awam bagaimana untuk seimbangkan antara ibadah dan kerja, selain memberi kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab sebagai umat Islam.

“Agar mereka sedar, tanggungjawab mereka bukan hanya sebagai penjawat awam malah lebih dari itu dengan menghayati serta mengamalkan nilai-nilai Islam dalam sektor perkhidmatan dijalankan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ceramah UMI Perdana ‘Mencari Keredhaan Ilahi’, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Projek, Rohana Omar berkata, program tahunan melibatkan kira-kira 600 peserta lelaki dan wanita sebagai usaha memberikan motivasi kepada ibu bapa dan meningkatkan pengetahuan mereka.

“Setiap tahun kita menggunakan pendekatan yang berbeza sesuai dengan keperluan semasa dan kali ini, pemilihan slot ceramah oleh penceramah berpengalaman, Prof Dr Muhammad Kamil Ibrahim memberi banyak manfaat kepada peserta,” katanya.

Rohana yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Puspanita Kota Darul Naim berkata, walaupun tampak bersahaja, beliau percaya perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penceramah tersebut berjaya membuka mata banyak pihak kerana berkisar tentang realiti kehidupan sebahagian besar masyarakat hari ini.

-sinarharian

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment