‘Sekarang tak penat lagi kayuh beca’

KOTA BHARU: “Sebelum pasang motor kita kena kayuh beca ni, semakin berat bebanan yang kita bawa, lagi banyak tenaga yang digunakan untuk mengayuh.

“Bagaimanapun sejak dipasangkan motor, alhamdulillah ia begitu ringan dan mudah,” ujarnya Ismail Dollah, 70.

Pengayuh beca warga emas itu meneruskan kerjaya itu sejak berusia belasan tahun lagi. Sekarang katanya tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh.

Beliau begitu gembira kerana becanya dipilih sebagai percubaan menggunakan motor yang dihadiahkan kerajaan negeri.

“Orang tua kata dah lepas satu bebanan apabila dapat hadiah motor ni, tak penat sangat dah bawa orang.

“Tinggal lagi kena rajin cari pelanggan sajalah,” ujarnya yang tinggal di Ketereh.

Kerajaan negeri memasang 10 beca dengan motor khas sebagai percubaan bagi meningkatkan perkhidmatan beca di bandar Kota Bharu. Ternyata percubaan itu membuahkan hasilnya.

Beca bermotor dirintis Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd. – HARAKAHDAILY 7/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7691-sekarang-tak-penat-lagi-kayuh-beca

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
77Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment