Sekat pembangunan Kelantan, Pemuda Pas gesa siasat

editor4

Nazman3KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan menggesa supaya Umno menyiasat dakwaan yang mana adanya pemimpin parti itu sengaja menyekat pembangunan daripada kerajaan pusat di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Nazman Che Iberahim berkata, Umno Kelantan harus segera menyiasat dakwaan tersebut yang menggambarkan adanya pimpinan parti itu masih mengamalkan budaya politik lapuk dan tidak matang.

“Sudah tiba masanya para menteri dari Kelantan menambahkan usaha untuk membangunkan negeri ini atas semangat anak Kelantan.

“Budaya politik sempit kepartian serta janji pembangunan bersyarat iaitu undi Umno untuk pembangunan perlu ditinggalkan dalam era baru ini. Pengundi sudah bijak dan memiliki maklumat di hujung jari sahaja pada zaman ini,” katanya.

Nazman berkata, antara perkara yang sedang diperkatakan kini adalah akan wujudnya gerakan untuk menggagalkan atau melewat projek pembinaan lebuh raya sedangkan perbincangan secara matang membabitkan kedua-dua kerajaan sudah mencapai kata putus terbaik.

“Ini yang menggusarkan rakyat. Sebabnya sudah tentulah pembangunan lebuh raya ini akan memudahkan urusan dan menambahkan keselesaan anak perantau yang pulang ke kampung setiap kali musim perayaan dan cuti.

“Semestinya rakyat Kelantan yang bijak akan tahu bahawa kerjasama yang erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menatijahkan hasil terbaik untuk semua,” katanya.

Namun katanya, jika benar wujud individu dan parti yang berfikir secara dangkal berusaha ke arah menggagalkan projek pembangunan di Kelantan maka, itu adalah berita buruk untuk rakyat.

Tambahnya, sekiranya dakwaan tersebut benar, maka rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya yang secara konsisten terus memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri ini.

Walaupun berdepan kesukaran untuk mentadbir negeri khasnya peruntukan kewangan yang terhad, namun sentiasa memikirkan inisiatif demi kepentingan rakyat.

Antaranya kata beliau, adalah dengan gagasan politik matang dan sejahtera yang membawa pentadbir negeri berbincang bersama semua pihak termasuklah kerajaan pusat.

Katanya, sejarah hitam tidak perlu lagi berulang dalam era politik moden dan rakyat tidak lupa kejadian 30 Januari 2008 yang mana bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan didakwa telah dipaksa pemimpin Umno supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh kerajaan pusat kepada Kelantan.- SINAR HARIAN 21 OGOS 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kau tetap Khadijah Moden di mata kami bondaku!

Disaat selempang anugerah Tokoh Saidatina Khadijah 2016 masih terasa ditangan dan disaat buku Sinar Thurayya di Serambi Mekah belum khatam dibaca, diketika suasana sambutan Hari Saidatina Khadijah Peringkat Negeri Kelantan dengan kehadiran tetamu luar negeri dan negara yang datang dengan tambang dan belanja sendiri semata2 untuk meraikan wanita Kelantan dan […]

Subscribe US Now