Sekatan Orang Asli: Pihak berkuasa boleh ambil tindakan

webmaster

KOTA BHARU – Pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan jika masyarakat orang asli di kawasan Gua Musang masih berdegil untuk tidak berganjak dengan sekatan yang sedang dilakukan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, malah masyarakat orang asli juga seharusnya menghormati keputusan dan arahan melalui notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri kepada mereka yang berkenaan.

“Notis itu dikeluarkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya mereka mengikut arahan yang telah ditetapkan, iaitu tiada gangguan untuk keluarkan balak yang telah diusahakan, bukan balak yang baru, tetapi yang masih dalam proses untuk dibawa keluar.

Kita harap mereka yang berkenaan akan mematuhi arahan tersebut,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai status notis pemberitahuan pengosongan kawasan yang telah dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri dan tindakan yang akan dikenakan di atas keengganan masyarakat orang asli tersebut.

Notis tersebut dikeluarkan pada 6 November lalu dan ia akan berakhir pada 20 November ini, iaitu selama dua minggu.

Sinar Harian sebelum ini turut melaporkan komuniti orang asli di Gua Musang mencabar Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) memfailkan saman sekiranya tindakan mereka melakukan sekatan tersebut menyalahi undang-undang.

Kenyataan balas tersebut dibuat selepas Timbalan Presiden PPK, Datuk Cheong Kok Tong mencabar orang asli mengambil tindakan mahkamah bagi menghalang mereka mengeluarkan hasil balak di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan seolah-olah tidak membela masyarakat orang asli dalam hal ini, Ahmad Yakob dengan tegas menyangkal perkara tersebut dan memberitahu pihak kerajaan sentiasa menjaga hak kaum itu.

“Perkara ini berkait dengan Kumpulan Perkayuan Kelantan (KPK). KPK telah berurusan dengan pihak kerajaan negeri iaitu Jabatan Perhutanan, dan benda ini telah ada perundingan antara Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar bersama masyarakat orang asli tersebut. Hal ini diambil perhatian dan dalam tindakan kerajaan negeri,”katanya. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM800,000 untuk makanan mangsa banjir Kelantan

PASIR PUTEH – Dalam persiapan menghadapi banjir, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi penyediaan bekalan makanan untuk mangsa bencana itu di negeri ini. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Muhammad Hanafi Maulud berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 disalurkan oleh kerajaan Persekutuan dan RM300,000 oleh kerajaan negeri. […]

Subscribe US Now