Sekolah agama banyak peruntukan sedikit

webmaster

Sekadar peruntukan RM50 juta dalam Belanjawan 2019 untuk sekolah agama dan tahfiz di seluruh negara dianggap tidak mencukupi berdasar jumlah sekolah yang ada sekarang.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, jumlah peruntukan itu masih kecil kerana sekolah tahfiz dan sekolah agama di negara ini begitu banyak.

“Memang jumlah RM50 juta agak besar, tapi sekolah tahfiz dan agama banyak. Daripada jumlah itu setiap sekolah hanya dapat sedikit.

“Sedangkan jumlah sekolah agama dan tahfiz banyak kekurangan aspek kemudahan dan infrastruktur,” selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat 2 November lepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu peruntukan RM652 juta disediakan untuk sekolah-sekolah pelbagai aliran di negara ini.

Mohd Amar juga berkata, sepatutnya kerajaan tidak menyediakan peruntukan dalam jumlah yang sama kepada sekolah agama, tahfiz, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) serta sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). – HARAKAHDAILY 7/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8639-sekolah-agama-banyak-peruntukan-sedikit

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada pembalakan di Kelantan musim tengkujuh

KOTA BHARU: Sudah menjadi kelaziman di Kelantan tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh yang bermula Oktober setiap tahun. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, syarikat pembalakan menghentikan operasi mereka kerana laluan lori balak sukar menjelang musim tengkujuh. Katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan kepada pihak berkenaan supaya […]

Subscribe US Now