Sekolah agama kini pilihan utama ibu bapa

webmaster

KESEDARAN ibu bapa bagi menghantar anak ke sekolah agama semakin meningkat sekarang. Situasi itu lebih ketara berlaku di Kelantan.

Malah permohonan pelajar dari luar Kelantan memasuki tingkatan satu di sekolah kawalan Yayasan Islam Kelantan (Yik), ada antaranya terpaksa ditolak disebabkan kekurangan tempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sekolah agama sekarang bukan lagi kelas dua.

Katanya, sekarang sekolah agama menjadi pilihan masyarakat setelah membuktikan berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang akademi dan syaksiah.

“Sekolah Yik acap kali mendapat pencapaian akademik melebihi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

“Contohnya di peringkat SPM dua kali pelajar Yik muncul pelajar terbaik peringkat negara. Manakala bagi peperiksaan STAM pelajar Yik mengungguli pencapaian terbaik setiap tahun,” katanya di Kota Bharu.

Beliau juga berkata, permohonan pelajar untuk mengikuti pengajian tahfiz sains di sekolah Yik juga begitu tinggi.

“Bukan sahaja pelajar tempatan, sebaliknya dari seluruh Malaysia. Kita memang menyediakan kuota bagi pelajar luar Kelantan.

“Contohnya tempat yang kita sediakan hanya untuk 20 orang tetapi permohonan 50 orang. Sambutan sangat menggalakkan sekali,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kekal Kota Bharu, pertahan Kelantan

KEKAL Kota Bharu, Pertahan Kelantan menjadi tema sambutan jubli emas PAS Kota Bharu yang bermula malam tadi. Tumpuan gerak kerjanya menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Setiausaha PAS Kota Bharu, Aidy Hassan berkata, bulan ini genap usia PAS Kota Bharu yang melewati 50 tahun selepas ditubuh pada 1967. […]

Subscribe US Now