Selaras saman pesalah jalan raya

KUALA LUMPUR: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) mencadang Kementerian Pengangkutan supaya menyelaraskan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan jalan raya.

Beliau yang mengemukakan soalan tambahan kerana terdapat pelbagai agensi penguatkuasa yang bertindak menyaman pesalah jalan raya menyebabkan pengguna disaman oleh dua atau tiga agensi.

“Pelbagai agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis trafik, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya menyebabkan kadang-kadang pengguna disaman oleh dua, tiga agensi,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak kerajaan sedang mengkaji cadangan itu supaya tidak timbul kecelaruan dalam kalangan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gerik, Dato’ Hasbullah Osman meminta Menteri Pengangkutan untuk menyatakan rasional dan justifikasi Kementerian Pengangkutan menambah pemasangan kamera AES dan kejayaan sistem AES dalam mengurangkan kemalangan jalan raya. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10448-selaras-saman-pesalah-jalan-raya

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment