Selepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya.

webmaster

11006407_882561588459840_8451319611661398962_nSelepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya. Bunyi suara; “Hem…bangun.” Saya terkejut. Saya lihat jam pukul 4 pagi.

Malam yang seterusnya, (5 April) saya dengar orang ketuk pintu bilik saya. Saya sedar, tengok jam pukul 4 pagi.

Esok pagi saya tanya anak menantu: “Farah…ada gerak cek (kejut mak) ke…”.

Farah kata tak ada. Saya berasa macam ada orang kejut setiap pukul 4 pagi. Masa Tok Guru ada, saya biasa bangun pukul 4 pagi. Tok Guru awal lagi bangun.

Dulu masa Tok Guru jadi ahli parlimen, selalu tidak ada di rumah. Saya dengan anak-anak saja di rumah. Bila malam saya tidur, dengar ada orang ketuk pintu. Saya mengadu dengan Tok Guru, takut ada orang ketuk pintu.

Tok Guru jawab: “Itu bukan orang…itu malaikat suruh bangun solat…” katanya memandang saya sambil tersenyum…-Tuan Sabariah Tuan Ishak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PAS Dun Salor ikrar pertahan kepimpinan ulama

KOTA BHARU: Selepas agak lama akar umbi PAS di Dun Salor berdiam diri ekoran kemelut berlaku membabitkan Adun kawasan berkenaan, akhirnya malam tadi mereka berikrar secara terbuka mempertahankan kerajaan PAS Kelantan. Ikrar mendukung kepimpinan ulama diketuai aktivis PAS Dun berkenaan, Datuk Adnan Mohd Zain dilafaz di hadapan kepimpinan utama PAS Kelantan. […]

Subscribe US Now