Semangat rakyat Dun Salor kembali aktif

webmaster

KOTA BHARU: Sambutan masyarakat Dun Salor terhadap program yang dianjurkan kerajaan negeri mendapat sambutan hangat.

Penyelaras Dun Salor, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, berkata walaupun program Cakna Rakyat Dun Salor dianjurkan di peringkat cawangan, hampir 1,000 masyarakat turun memenuhi program.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama pengayuh beca pada majlis yang diadakan di Gelanggang Seni, di sini semalam.

Seramai 28 orang pengayuh beca menerima sumbangan kerajaan negeri berupa keperluan harian dan wang tunai.

Jelasnya lagi, baru-baru ini program Cakna Rakyat yang diadakan di Cawangan Kampung Surau, dihadiri lebih 700 orang masyarakat pelbagai peringkat.

“Alhamdulillah, kita bersyukur kerana mereka aktif semula berbanding sebelum ini program kerajaan negeri di dun mereka telah lama sepi.

“Saya dilantik sebagai penyelaras bertujuan untuk menghidupkan peruntukan sumbangan kerajaan negeri untuk rakyat di situ.

“Memandangkan Adun Salor sudah bertukar parti, jadi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menangani masaalah rakyat di sini,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan bersama rakyat di situ buat sementara sehingga kerajaan memikirkan semula untuk melantik orang lain pula.

Anizam juga turut memberitahu, hasil tinjauan dibuat semangat rakyat sudah pulih dan kerjasama yang diberikan amat baik. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

300 peserta ladang rakyat terima dividen

  KUBANG KERIAN: Seramai 300 peserta ladang rakyat menerima dividen masing-masing bagi Parlimen Kubang Kerian untuk bulan Julai Ogos dan September. Jumlah tersebut merangkumi 100 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu seperti Dun Demit, Dun Pasir Tumbuh dan juga Dun Salor. Majlis penyerahan dividen tersebut disempurnakan […]

Subscribe US Now