SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN TIMUR TENGAH (SPEKTRUM ‘19)

webmaster

OLEH DATO’ AHMAD YAKOB

KAHERAH: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menghadiri majlis perasmian penutup Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Timur Tengah (SPEKTRUM’19) yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar- Pelajar Kelantan Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Mesir di Dewan Syeikh Zayed Hayyu Sadis, Pusat Bahasa Arab, Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Dalam ucapan perasmian penutup YAB Ustaz Dato’ menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar Kelantan antara lain memberikan penekanan berikut:-

1. Kepentingan menuntut ilmu bagi generasi muda tidak kira dimana sahaja ilmu diperoleh.

2. Kerajaan Negeri komited dengan pelaksanaan Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam dengan merangka pelan pembangunan yang holistik kearah bukan sahaja menjadikan Kelantan Bumi tadahan Wahyu malah sebagai Bumi Tadahan Rahmat dengan pelaksanaan Dasar Islam dalam semua aspek Pembangunan.

3. Penting Kelantan untuk terus melahirkan Modal Insan yang seimbang yang memiliki penguasaan ilmu yang menyeluruh yang mana bakal menjadi pewaris kepada kepimpinan Kerajaan Negeri di masa hadapan.

Majlis yang diadakan selama tiga hari tersebut diisi dengan pelbagai pengisian termasuk pembentangan kertas kerja oleh YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hasan, Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Maklumat,dan YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi, Ahli Parlimen Tumpat serta Forum Merakyat Membangun Bersama Islam oleh YB. Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud, Pengerusi JK Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri bersama YB.Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Turut ditampilkan Bicara Peranan dan Wanita yang menampilkan penampilan istimewa YABhg. Datin Bentara Kanan Menteri Besar bersama YB. Hjh Zailah Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Penganjuran seminar tersebut bukan sahaja merapatkan ukhwah antara Kerajaan negeri dan Pelajar-pelajar Kelantan di Mesir malah memberi ruang untuk kepimpinan Kerajaan Negeri melihat perkembangan pembelajaran seterusnya dapat menjaga kebajikan anak-anak pelajar yang hampir 2000 orang disini.

#merakyatmembangunbersamaislam – FB DATO’ AHMAD YAKOB 18/9/2019

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1104043749785741

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MUSIM JEREBU BANYAK MINUM AIR SUAM

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengingatkan rakyat di negeri ini menjaga kesihatan khususnya di musim berjerebu sekarang. Pengerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, orang ramai perlu memakai penutup hidung jenis N95 ketika berada di tempat terdedah. Menurutnya, langkah berkenaan mampu menghalang sekurang-kurangnya […]

Subscribe US Now