Semua jajahan di Kelantan pulih, kecuali Tumpat

webmaster

KOTA BHARU – Banjir yang melanda Kelantan sejak Sabtu lepas bertambah baik apabila keadaan di semua jajahan kecuali Tumpat pulih setakat tengah hari ini.

Kesemua pusat pemindahan di Jajahan Pasir Mas ditutup pagi tadi.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 491 orang setakat 1 tengah hari ini berbanding 836 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa adalah daripada 146 keluarga dari Jajahan Tumpat yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Berdasarkan keadaan cuaca cerah tengah hari ini, dijangka lebih ramai lagi mangsa banjir di Jajahan Tumpat dapat pulang ke rumah masing-masing petang ini. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan negeri pertama teroka industri kredit karbon

Sekali lagi Kelantan meneraju perubahan apabila muncul sebagai negeri pertama terlibat dalam perdagangan kredit karbon. Memorandum Perjanjian telah ditandatangani oleh pihak Kerajaan Negeri yang diwakili YAB Menteri Besar sendiri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob dengan sebuah syarikat tempatan iaitu Climate Protector Sdn. Bhd. Perjanjian ini antara lain memberikan […]

Subscribe US Now