Serangan kumbang merah di Kelantan terkawal

webmaster

che-lahpcb2PENGKALAN CHEPA: Serangan kumbang merah palma (RPW) terhadap pokok kelapa sawit di negeri ini masih lagi terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata biar pun masih terselamat, namun usaha mengawal tetap diteruskan.

Katanya, Kelantan berusaha sedaya mungkin untuk mengawal kehadiran penyakit tersebut.“Kumbang merah merupakan perosak tanaman palma yang sangat bahaya pada masa kini.

“Ia berasal dari Asia Tropika tetapi telah merebak ke-17 negara termasuk Afrika, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan kini di Malaysia,” katanya ketika merasmikan kempen kawalan RPW di sini semalam.

Menurutnya RPW menjadi perosak pokok kurma di Timur Tengah.

Tanaman palma yang diserang kumbang tersebut termasuk kelapa matag, kelapa pandan, kurma, kelapa biasa, bismarckia palm dan chinese fan palm.

Che Abdullah berkata kerajaan negeri mengambil langkah awal walaupun kumbang merah belum menyerang tanaman sawit di negeri ini.

“Kumbang merah ini sudah kelihatan di Kelantan, namun setakat ini ia belum menyerang pokok sawit lagi kecuali pokok kurma dan kelapa,” katanya.

Che Abdullah juga berkata, projek perintis kurma seluas empat ekar di Pasir Puteh rosak akibat serangan kumbang itu.

Menurutnya juga kepakaran yang ada di Jabatan Pertanian atau biotek belum mampu membendungnya.

“Oleh itu usaha perlu digerakkan secara bersepadu untuk menyelamatkan pokok tersebut mengikut kaedah terbaru,” ujarnya.

Beliau juga berkata, keluasan tanaman kelapa di Semenanjung Malaysia sekarang seluas 85,799 hektar dengan nilai RM500 juta.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut seluas 465 hektar kelapa dan lebih 300 pokok kurma musnah diserang kumbang merah. – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan rezab 740,000 ekar program karbon kredit

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menghargai NGO dan orang perseorangan yang terlibat dalam perjuangan menjaga alam sekitar di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Perdagagan, Perindustrian, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata kerajaan Kelantan juga tidak ketinggalan memperjuang hal ehwal alam sekitar. Katanya segala kaedah dan tindakan pembangunan di […]

Subscribe US Now