SIARAN DIGITAL UPKN KIAN DIMINATI

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Selama lima hari bersiaran melalui ‘page fb live’, slot JimiMC ‘Xtra berjaya memikat kian ramai penonton saban hari.

Program sembang santai berkonsep deejay (DJ) radio bermula 1 Julai lalu bersiaran dari mini studio Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) selama sejam mulai pukul 2 hingga 3 petang setiap hari bekerja.

Menurut Penolong Pengarah (Perhubungan Awam), Azimi Mahmood selaku DJ, program ini antara siaran percubaan (pilot project) agensi kerajaan negeri melalui UPKN yang berkomunikasi secara langsung dengan rakyat berselingan hiburan ringan lagu-lagu pop semasa dan setempat seperti lagu dikir barat, kegemaran rakyat Kelantan.

Katanya, matlamat program ini bagi memberi variasi kepada pelbagai program Kerajaan Kelantan. Sasaran utama ialah warga millennial yang sangat berbeza dengan generasi sebelumnya terutama aspek kemahiran mereka berkaitan teknologi.

“Kita cuba tarik minat generasi Z ini mengenali Kerajaan Negeri melalui pendekatan ramah mesra di dalam talian berunsur humor dan informasi bermanfaat, bukan sekadar hiburan semata-mata.

“DJ muncul secara solo atau sesekali berteman untuk mengulas hal-hal semasa, petikan berita portal, laman fb berkaitan, IG, Twitter yang masuk akal, kesukaan ramai, sohor kini, tular dan fakta. Macam Profesor Serba Tahu di dalam komik Gila-Gila yang popular dahulu. Kena dengan ‘Xtra”, hurai pengacara majlis rasmi kerajaan negeri yang berpesonaliti ceria ini.

Ternyata, siaran JimiMC ‘Xtra berjaya mencuit hati ribuan audien dengan celoteh santai berinformasi tambah memeriahkan program sedia ada yang kebanyakannya berformat berita dan wacana rasmi.

Sekali gus program sembang santai seperti ini dapat menyeimbangkan fitrah manusia yang juga memerlukan rehat dan libur untuk mewaraskan minda dan menyegarkan emosi ketika bekerja.- UPKN KELANTAN 8/07/2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB GIAT TUKAR PAIP DI SELURUH JAJAHAN

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU- Air Kelantan Sdn Bhd sedang giat menjalankan kerja- kerja penukaran paip di seluruh jajahan termasuk di Kota Bharu, sejauh 4006 KM dijangka dapat disiapkan sehingga tahun 2022 nanti. Sementara itu, tinjauan UPKN ke tapak penukaran paip malam tadi di Taman Perumahan Tanjung Chat dalam […]

Subscribe US Now