SILA BAYAR ROYALTI TANGANI KEMISKINAN

webmaster

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sepatutnya membantu mempercepatkan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

Melalui usaha itu pastinya keadaan rakyat Kelantan akan berubah 100 peratus dan isu kemiskinan tegar dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, sekiranya kesemua jumlah tuntutan royalti yang tertunggak berjumlah RM14 billion dibayar sudah tentu isu kemiskinan mampu ditangani secara berkesan.

Katanya setelah negara merdeka hampir 62 tahun, sepatutnya diskriminasi politik dihapuskan 100 peratus di negara ini.

“Segala hak rakyak diberikan secara adil kepada setiap negeri kerana rakyat membayar cukai yang sama kepada kerajaan.

“Kami yakin banyak usaha diambil kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk merealisasikan hasrat rakyat Kelantan sejak 44 tahun lalu setelah perjanjian royalti ditandatangani 9 Mei 1975,” katanya di sini.

Lebih-lebih lagi sekarang kata beliau rakyat di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Kelmarin Dr Mohd Radzi mendakwa Kelantan antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya kadar kemiskinan Kelantan pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional, sekaligus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu). – HARAKAHDAILY 28/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12735-sila-bayar-royalti-tangani-kemiskinan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JANGAN JEMU TERAP SEMANGAT PATRIOTIK

OLEH NORHASRAM MOHAMAD PASIR PUTEH – Kecintaan terhadap negara dan kebangkitan semangat patriotik dalam diri generasi baharu perlu disemai secara berterusan tanpa rasa jemu bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan anasir luar yang cuba menjejaskan perpaduan dalam negara. Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, walaupun rakyat […]

Subscribe US Now