SIRI KEJAYAAN EXCO KELANTAN: KEBERSAMAAN DEMI RAKYAT

webmaster

SIRI 5: PRA-HSK 2021, PADAT ACARA MENARIK

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita terus komited mengiktiraf sumbangan wanita Kelantan dalam pelbagai bidang.

Terbukti, belenggu pandemik COVID-19 bukan penghalang agenda kebaikan amal makruf bagi melestraikan slogan Kebersamaan Demi Rakyat.

Bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Sambutan Hari Wanita pada tahun ini diserikan dengan program paling berprestij, Hari Sayyidatina Khadijah pada 29-31 Mac 2021 sudah pun menampilkan beberapa program menarik sempena Hari Wanita pada tahun ini.

Daurah Wanita Istimewa bersiaran melalui laman sesawang Hari Sayyidatina Khadijah hari ini bermula pukul 9 pagi hingga 12.00 tengah hari. Wacana dakwah secara digital ini adalah kemuncak kepada Daurah Wanita Parlimen yang diadakan sejak 14 hingga 27 Mac 2021 di pautan https://www.facebook.com/HariSayyidatinaKhadijah/videos/3837000273066004

Menurut Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KekWa) merangkap Pengarah Program, Ilvira Mohd Dasuki, empat belas siri Daurah Wanita Parlimen telah selesai dilaksanakan dengan pengisian yang menarik berkisar tajuk Sayyidatina Khadijah; Ummul Mukminin yang melibatkan para penceramah jemputan dari dalam dan luar Kelantan.

“Kita bersyukur apabila program kemuncak pada hari ini meraih capaian tertinggi ketika pemula slot diisi oleh Tokoh Pendakwah Selebriti Kelantan 2019, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa. Ketika sesi pesonaliti dakwah tanah air tersebut ke udara capaian penonton tertinggi sekitar 1100 orang pada satu masa dengan 2200 perkongsian”, katanya.

Panel lain yang turut serta berkongsi ilmu ialah Tokoh Wanita HSK 2018, Dr. Nik Rosmawati Nik Husain dan Pengasas JATIMAS, Puan Zawati Ibrahim serta Johan Program Da’i Musim ke-3, Hamidah Abdul Razak selaku moderator.

Dalam ucapan perasmian penutup, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi menzahirkan kesyukuran apabila program jariah ilmu secara maya ini menjangkau hampir 40 ribu penonton di seluruh dunia. Bahkan boleh diulangtayang mengikut fleksibiliti waktu dan ruang.
“Pelajaran tentang toharah (kebersihan) wajar diambil iktibar daripada Sayyidatina Aisyah yang mengamalkan basuh tangan setiap kali bangun tidur. Samalah seperti amalan kita sekarang untuk mengelak penularan Covid-19”, ujarnya.

Semalam, Dato’ Mumtaz juga hadir di Dewan Jamuan Utama Kota Darulnaim bagi menyampaikan anugerah kepada 45 Tokoh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 Ikon Parlimen sempena HSK 2021.

Di samping itu, resensi buku Di Bawah Naungan Satu Ayat: Suri Hati Tok Guru berlangsung secara fizikal dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dan melalui siaran maya pada 29 Mac 2021 (Isnin) pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Bicara buku karangan Wan Nur Ainon binti Wan Abdullah itu dikupas rinci oleh penulisnya sendri bersama anakanda tokoh, Nik Amalina binti Nik Abdul Aziz dan jiran tokoh, Nor Haniza binti Taib.

Tiga penalis tersebut memperihalkan tentang Tokoh Sayyidatina Khadijah 2016, Datin Bentara Setia, YM Tuan Sabariah binti Tuan Ishak suri hari Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang begitu gemilang berada di tampuk kepimpinan gerakan islam tempatan dan antarabangsa.

Turut memeriahkan agenda pra HSK 2021 ialah Karnival Kerjaya Wanita Peringkat Negeri Kelantan di Crystal Colour Avenue pada 29 hingga 30 Mac 2021 bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kepadatan pelbagai acara menarik tersebut diagendakan demi manfaat rakyat Kelantan khususnya dan masyarakat umum yang berada di luar Kelantan.- UPKN KELANTAN 30/3/2021

#HSK2021 #semogadirimusemuliaKhadijah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PROJEK TENAGA SOLAR TERAPUNG TERBESAR DI ASIA TENGGARA

oleh Nik Azman Nik Mustafa PASIR MAS – Kerajaan Negeri melancarkan Projek Tenaga Solar Terapung terbesar di Malaysia serta mengisytiharkan Tasik Danau To’ Uban sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) sekaligus menjadikan ia sebagai projek solar terapung yang diintegrasikan dengan industri akuakultur serta aktiviti pelancongan terbesar di Asia Tenggara. Majlis pelancaran […]

Subscribe US Now