SISTEM PENGAJIAN PONDOK PERLU DIPERKASAKAN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU – Sebanyak 50 buah pondok seluruh Kelantan menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri pada Majlis Agihan Sumbangan Kepada Pondok-Pondok Negeri Kelantan dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1442H anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud.

Berucap pada majlis tersebut, beliau menyatakan kerjasama daripada semua pihak adalah penting dalam usaha memperkasakan sistem pengajian pondok yang pernah menjadi sistem pendidikan pilihan utama masyarakat Islam di negeri ini satu ketika dahulu.

“Negeri Kelantan yang terkenal dengan sistem pengajian pondok pernah mendapat sambutan hebat daripada pelajar-pelajar seluruh nusantara sehingga Kelantan dikenali dengan nama Serambi Mekah.

“Selain mengendalikan kelas-kelas pengajian agama pondok juga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan di negara ini sebagaimana tuntutan dalam agama Islam,” katanya.

Turut hadir, Pengarah JAHEAIK, YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim Haji Jusoh dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, SF Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.- UPKN KELANTAN 19/11/20

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

HARI KELANTANKU BERSIH 2020

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU– Sambutan Hari KelantanKu Bersih serta penyerahan lori kompaktor kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan bertempat Dataran Warisan Stadium Muhammad ke IV. Tahun 2020, genaplah 3 dekad negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran membangun bersama islam dan semenjak dari itu, aspek kebersihan adalah antara […]

Subscribe US Now