Skim Bantuan Imam Al-Ghazali telah membantu 1,125 pelajar cemerlang

PASIR PEKAN– YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah hadir menyempurnakan program tahunan SUMBANGAN SKIM BANTUAN IMAM AL-GHAZALI SIRI KE-11 BAGI TAHUN 2019 yang merupakan program CSR tajaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Program ini telah bermula semenjak tahun 2009 lagi dan kini sudah masuk tahun ke 11.

Tahun ini, seramai 75 orang pelajar baru daripada tingkatan 4 yang terpilih menerima bantuan. Manakala 75 orang lagi daripada tingkatan 5 adalah penerima sedia ada semenjak tahun lepas. Menjadikan jumlah penerima sumbangan bagi tahun ini adalah 150 orang. Dipilih daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan merangkumi semua DUN.

Mereka dipilih berdasarkan kepada beberapa ciri kelayakan antaranya pendapatan bulanan ibubapa dibawah RM1 ribu ringgit dan pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR.

Pada tahun yang lalu, pelajar-pelajar ini hanya menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bagi tempoh dua tahun. Iaitu dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Alhamdulillah, bermula tahun ini, bantuan tersebut dinaikkan oleh pihak penaja daripada RM50 kepada RM80 sebulan.

Skim Bantuan Imam Al-Ghazali merupakan satu program tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) yang berupa bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan yang cemerlang dan memenuhi kriteria tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak PMBK. Semenjak Skim bantuan ini dilaksanakan bermula tahun 2009 hingga 2018, seramai 1,125 pelajar telah menerima bantuan dan manfaat daripada program ini.

Kos keseluruhan bantuan selama 10 tahun ini (2009-2018) telah memakan belanja RM735,000.00. Iaitu 0.7 juta (Melebihi setengah juta). – FB DATO AHMAD YAKOB 15/4/2019

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1003303833193067&type=3

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment