Skim Imam al Ghazali bantu pelajar miskin

webmaster

KOTA BHARU: Skim Bantuan Imam al Ghazali yang dilancarkan pada 2009 ditambah baik dengan pertambahan jumlah penerima tahun ini.

Seramai 150 pelajar dari sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat manfaat dari Corporate Social Responsibiliti (CSR) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bantuan itu sebagai perangsang serta galakan kepada pelajar terus berusaha untuk berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

“Walaupun kita tidak mempunyai kemudahan yang banyak tetapi kita tetap berusaha melalui anak syarikat kerajaan negeri untuk membantu sektor pendidikan,” katanya pada program penyampaian Skim Bantuan Imam al Ghazali di Dewan Teratai, Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Fadzli Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Timbalan Pengarah Yik, Che Kamarudin Kamel Che Muhammad.

Pada majlis itu seramai 75 pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik dan berpendapatan kurang RM1,000 sebulan, menerima skim tersebut. – HARAKAHDAILY 4/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7991-skim-imam-al-ghazali-bantu-pelajar-miskin

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ribut: Kelantan sumbang RM50,000 kepada T’ganu

BEBERAPA daerah di Negeri Terengganu telah dilanda ribut besar dua hari lalu dan menyebabkan banyak kerosakan. Saya mewakili Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan mangsa ribut tersebut. Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan. Apa yang kita miliki […]

Subscribe US Now