SMU: 461 pelajar dapat 10 mumtaz

KOTA BHARU: Seramai 461 pelajar memperolehi 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), SMU (Dini), Sijil Menengah Tahfiz al Quran dan Tahfiz Sains (SMTQ/TS) 2018.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Ustaz Azhar Salleh berkata keputusan ketiga-tiga sijil peperiksaan itu meningkat.

Katanya, bilangan pelajar yang mendapat pangkat mumtaz (cemerlang) dalam peperiksaan tersebut seramai 2,345 dari jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan 6,226 orang.

“Kita berpuas hati keputusan yang dicapai semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan sekolah swasta yang mengunakan silibus kita.

“Peningkatan sama turut dicatat peperiksaan Sijil Menengah Ugama Pondok (STUP) apabila seramai 41 daripada 49 pelajar yang menduduki peperiksaan itu mendapat keputusan cemerlang, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut di Pejabat Yik di Nilam Puri hari ini. – HARAKAHDAILY 31/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9263-smu-461-pelajar-dapat-10-mumtaz

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
533Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment