Sogok pengundi: SPRM diminta siasat

webmaster

TANAH MERAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan digesa menjalankan siasatan secara telus berhubung dakwaan wujud unsur sogokan pada PRU14 melibatkan Dun Gual Ipoh dan Parlimen Tanah Merah.

Bekas calon Pas Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM selepas ada pihak mendakwa disogokkan sejumlah wang selain diberi beberapa barangan termasuk pengecas telefon bimbit mudah alih (powerbank), jam dan kain pasang dalam usaha mendapatkan sokongan mereka.

“Keadaan ini perlu dibawa ke pihak atasan berikutan proses pengundian tidak berjalan dengan telus dan ada pihak yang menyogok pengundi untuk meraih undi serta memberi kemenangan kepada parti mereka.

“Sepatutnya proses pilihan raya berjalan dengan baik dan undian dilakukan oleh pengundi secara ikhlas dan bukan dipaksa atau disogok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir di pejabat SPRM, semalam, bersama 20 penyokong dan jentera Pas Dun Gual Ipoh bagi membuat laporan mengenai penyelewengan yang berlaku pada PRU14 lalu. –SINAR HARIAN 24/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 8

PENELITIAN dalam risalah Tafakkur pada Juz 8 hari ini mengambil pengajaran daripada satu ayat yang menyentuh berkenaan kehebatan ilmu Allah pada penciptaan angin. Antara lain Allah S.W.T berfirman: وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ […]

Subscribe US Now