Sokong MB Kelantan

webmaster

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun merupakan satu tindakan yang tidak beretika, kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya, sebagai sebuah badan yang berintegriti terhadap semua parti, beliau seharusnya bersifat neutral dalam hal-hal sebegini.

Menyokong kenyataan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, beliau menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kelantan.

“Kerana dia menyebut dua perkara, pertama, seolah-olah orang yang setuju dengan hudud ini, dia sebut orang yang balik pangkah untuk hudud ini adalah orang yang tidak ada akhlak disisi agama, orang Kelantan.

“Budaya ‘clubbing’ ini bukan budaya rakyat Kelantan, ia merupakan budaya luar, saya setuju dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, menyokong,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Pembangkang di Parlimen, hari ini.

Azhar sebelum ini dilaporkan sebuah portal berkata, cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.

Katanya, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan pulang ke negeri Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu ketika diminta mengulas mengenai pengumuman hibah yang sepatutnya diumumkan Tabung Haji Mac ini, hanya berharap menteri berkaitan bakal mengumumkan berita gembira buat pendeposit.

Jelasnya, walaupun seperti yang dimaklumkan hibah merupakan sesuatu yang wajib, namun katanya ia merupakan amalan tahunan Tabung Haji untuk meyakinkan pendeposit bahawa syarikat tersebut diuruskan dengan baik oleh kerajaan hari ini.

Febuari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dalam satu kenyataanya berkata, bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit Tabung Haji dijangka diumumkan pada Mac. – HARAKAHDAILY 25/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10365-sokong-mb-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sekali pandang seperti tokong Cina

RANTAU PANJANG: Menaranya boleh dilihat dari jauh. Di bahagian atas menara kelihatan seperti lilitan serban. Sekali pandang rekabentuk masjid seperti tokong Cina. Bumbungnya melengkong dihiasai warna merah. Bumbung pula genting berwarna hijau. Ia dijelma hasil idea arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memperlihatkan pelbagai budaya yang terdapat di […]

Subscribe US Now