Solat hajat, munajat elak bah besar – MB Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan mengajak rakyat negeri ini solat hajat dan munajat bagi memohon kepada Allah Taala supaya dielakkan daripada berlakunya bah besar seperti tahun lalu.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata solat hajat boleh diadakan di masjid atau surau di kampung masing-masing.

“Hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu. Kita sekarang berada di musim tengkujuh dan persiapan sewajarnya perlu dibuat dengan baik oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pekeliling Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 24 November lepas menjangka berlaku hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 26 hingga 28 November ini.

Bagi menghadapi kemungkinan banjir akhir tahun ini kerajaan negeri turut menyediakan 4,269 anggota penyelamat bagi membantu mangsa banjir.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata anggota tersebut  terdiri daripada pasukan polis, Bomba dan Penyelamat,  Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JPAM, Rela, Kastam, Marin, Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Briged Sukarelawan Bencana Negara.

Jawatankuasa khas berkenaan di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi.

Bagaimanapun cuaca di Kota Bharu hari ini cerah dan kadang-kadang mendung. – HARAKAHDAILY 26/11/2015

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Berjuang kerana Allah, bukan kerana Tok Guru

Siri ceramah oleh YB. Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud, Ketua Penerangan PAS Kelantan sempena Sambutan 60 Tahun PAS Kelantan. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now